loader
Pemakluman Peperiksaan Bayaran Insentif Tugas Kewangan (BITK) Tahun 2026
11/05/2026
906

Peperiksaan Bayaran Insentif Tugas Kewangan (BITK) adalah bertujuan bagi membolehkan pegawai yang berkenaan memiliki sijil bagi melayakkan mereka dibayar BITK RM80.00 sebulan. Peperiksaan BITK akan dijalan pada 16 Julai 2026 (Selasa) secara bersemuka.

PEGAWAI YANG LAYAK MENGAMBIL PEPERIKSAAN

- Pembantu Akauntan

- Pembantu Tadbir (Kewangan)

- Anggota dalam skim berikut yang menjalankan tugas kewangan dan sedang menerima BITK RM40.00 sebulan.

- Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi)

- Skim perkhidmatan lain yang setaraf dan skim perkhimatan lain yang lebih rendah dan sedang menerima BITK RM40.00 sebulan.

SUKATAN PEPERIKSAAN (sila klik Lampiran A)

Sila emelkan Borang Permohonan (Lampiran B) yang telah dilengkapkan beserta bukti pembayaran kepada pihak Urus Setia Peperiksaan Bahagian Sumber Manusia seperti emel di bawah.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi pihak Urus Setia:

Puan Hazni Hanim Mohamed Thani (arenim88@ukm.edu.my / 03-8911 8237)

Puan Azlina Mat Ludin (azlinaml@ukm.edu.my / 03-8911 8238)

Tarikh tutup serahan borang kepada pihak Urus Setia UKM : 18 Mei 2026 (Isnin)

 

Kongsi

Lampiran