SYARAT LANTIKAN FELO ASRAMAKOLEJ PERMATA@PINTAR NEGARAPUSAT PERMATA@PINTAR NEGARAUNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
1. Calon hendaklah menepati kriteria berikut :
- Warganegara Malaysia
- Lelaki
- Berumur 22 hingga 30 tahun
2. Calon hendaklah terdiri daripada pelajar Sarjana Muda (tahun 3 ke atas) /Sarjana/PHD atau mana mana individu yang difikirkan sesuai oleh KPPN bagi tujuan lantikan ini.
3. Calon hendaklah bersedia bertugas di asrama bermula pukul 5.00 petang hingga 7.00 pagi hari bekerja manakala untuk tempoh 24 jam pada hari Sabtu, Ahad serta cuti umum mengikut jadual bertugas yang telah ditetapkan.
4. Calon hendaklah bersedia tinggal di penginapan yang telah disediakan sepanjang tempoh lantikan.
5. Calon perlu mempunyai kenderaan sendiri.
6. Calon hendaklah bersedia menggalas tanggungjawab yang disenaraikan dalam senarai Tugas Felo Asrama Kolej PERMATA@Pintar Negara, UKM.
7. Calon hendaklah bersedia untuk lapor diri pada bulan Januari 2026.
8. Calon hendaklah bersedia untuk ditempatkan di KPPN Kampus Bangi atau di KPPN Kampus Seremban.
Tarikh tutup permohonan ini adalah pada 21 Disember 2025. Emelkan permohonan kepada asyiqin.fauzi@ukm.edu.my dan firsaufi@ukm.edu.my