loader
Hari Temu Mesra UKMSHAPE @ KL 2025
09/12/2025
10
preview

DEBARAN MAKIN TERASA! UKMSHAPE KEMBALI MENGGEGARKAN KUALA LUMPUR.

Acara paling dinanti kembali lagi tahun ini. Dengan penuh rasa hormat, kami menjemput anda semua ke :

HARI TEMU MESRA UKMSHAPE @ KL 2025

Ini bukan sekadar acara ini adalah ‘Pintu Gerbang Realiti’ untuk anda mengenali dunia pendidikan di UKM secara lebih dekat. Dapatkan pendedahan menyeluruh tentang pengalaman belajar, keunikan program, serta hala tuju kerjaya terus daripada para pakar, pensyarah, alumni dan pelajar UKMSHAPE sendiri.

Tandakan Tarikh Penting Ini.

Tarikh: 19 – 20 Disember 2025 (Jumaat & Sabtu)

Masa: 9:00 pagi – 5:00 petang

Lokasi: Kolej Tun Syed Nasir, Kuala Lumpur

KEMASUKAN ADALAH PERCUMA.

Kenapa Anda Wajib Hadir?

Aksi padat selama 2 hari dengan pelbagai peluang menarik menanti anda :

- Peluang Kemasukan Mac 2026 – Mohon terus di lokasi acara

- Sesi Meet & Greet – Berbual santai bersama pelajar UKMSHAPE dan dengar pengalaman sebenar mereka

- Mini Career Fair & Jaringan Industri, Bina rangkaian kerjaya bersama rakan industry

- Temu-Day Suria FM – Rasai kemeriahan bersama penyampai radio kegemaran anda

- Pameran Pendidikan – Terokai program menarik bersama pensyarah pakar

- Foodtruck & Mini Flea Market – Nikmati sajian sedap sambil membeli-belah

- Cabutan Bertuah Eksklusif – Hadiah menarik menanti pengunjung bertuah

Acara ini sesuai untuk semua—graduan baharu, pekerja yang ingin sambung belajar, serta ibu bapa yang ingin merancang masa depan anak. Datang, rasai sendiri vibe UKM, dan mulakan langkah pertama menuju masa depan yang lebih cerah.

PENTING : Datang awal untuk mendapatkan Exclusive Gift UKMSHAPE yang disediakan khas untuk pengunjung terawal. Scan QR pada poster atau daftar kehadiran anda di sini : https://forms.gle/5c2MS2qNK9cJq2Ni8

Jom unlock potensi diri anda bersama UKMSHAPE. Jumpa anda di KL.

#UKM #UKMShape #HariTemuMesra #UKMShapeKL #UKMBangsaKita #FutureStartsHere #JomUKM #EducationMalaysia #CareerFairKL

 

Tarikh Acara
19/12/2025 - 20/12/2025
Lokasi
Kolej Tun Syed Nasir, Kuala Lumpur
URL
Peringkat
Fakulti/Pusat/Institut
Penganjur
UKMShape
Kongsi

Lampiran