Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan zakat Bantuan Umum Pelajaran (BUP) Semester 1 Sesi 2025/2026 Terbuka kepada Pelajar Asasi Pintar, Prasiswazah dan Pascasiswazah. Permohonan perlu dibuat secara atas talian di pautan: https://eprihatin.ukm.my/
Tarikh Slot Permohonan adalah bermula pada 06 OKT 2025 sehingga 12 FEB 2026.
Bantuan yang disediakan:
- Yuran & Sara hidup
Syarat Permohonan:
- Islam
- Pelajar Sepenuh Masa
- Mendaftar
- Pelajar Asasi Pintar, Prasiswazah dan Pascasiswazah
Dokumen yang wajib dimuat-naik (Upload): Penyata Gaji (semasa) / Penyata Pencen / Pengesahan Pendapatan bagi IBU dan BAPA / Penjaga / Pasangan (yang berkenaan).
Bagi Ibu/ Bapa/ pasangan yang tidak bekerja, perlu lampirkan pengesahan tidak bekerja.
Klik untuk borang pengesahan pendapatan/ tidak bekerja (ibu/ayah/penjaga)
https://www.ukm.my/zakat/borang/permohonan-bantuan-zakat-universiti
Borang Pengesahan Pendapatan HANYA boleh disahkan oleh Ketua Kampung / penghulu / JKKK / Imam / Nazir / Pengerusi Blok / Pengerusi Penduduk tempat bermastautin keluarga.
Lain-lain dokumen seperti di lampiran sistem zakat online.
Pengesahan Permohonan:
1. Pelajar hanya boleh memilih tarikh slot permohonan sehari selepas permohonan diperaku oleh pensyarah.
(Sila klik di "Status Permohonan" untuk memilih tarikh slot permohonan)
2. Pengesahan hanya dijalankan kepada permohonan yang tidak lengkap sahaja melalui panggilan telefon (bukan semua pelajar akan dihubungi)
3. Bagi pelajar yang tidak menerima panggilan telefon pada tarikh slot permohonan yang dipilih, dimohon untuk semak "Status Permohonan" di sistem zakat satu (1) hari SELEPAS tarikh slot yang dipilih.
Rujukan Status :
1. "Disokong/ Permohonan disokong urusetia untuk penilaian kelulusan", bermaksud permohonan telah diproses (tanpa menghubungi pelajar). Kelulusan proses bayaran dalam 21 hari bekerja.
2. "Disokong/ Rayuan - Permohonan dalam tindakan untuk dibawa ke mesyuarat", bermaksud permohonan telah diproses (tanpa menghubungi pelajar). Semakan keputusan boleh dibuat melalui sistem selepas 2-3 bulan daripada tarikh yang telah dipilih.
3. "Pulang Borang" - Sila baca ulasan urusetia yang telah diberikan serta lengkapkan butiran/ dokumen yang diminta.
4. Sekiranya ada keperluan, pelajar akan dihubungi untuk hadir ke Kaunter Zakat UKM bagi urusan pengesahan permohonan.
Sebarang pertanyaan, boleh berhubung terus dengan kaunter zakat UKM kampus belajar:
Kaunter Zakat UKM (Bangi)
Aras 1, Masjid UKM
Universiti Kebangsaan Malaysia,
43600 Bangi, Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan.
Tel : 03-8921 4225
Kaunter Zakat UKM (Cawangan KKL)
Aras 1, Blok Klinikal,
Hospital Canselor Tuanku Mukhriz (HCTM UKM),
Jalan Yaacob Latiff, Bandar Tun Razak,
56000 Cheras, Kuala Lumpur.
No Tel : 03-9145 6526
Peringatan : Pelajar perlu membuat permohonan di awal semester serta melengkapkan permohonan bagi mengelakkan permohonan ditolak atau tidak diluluskan.