Notis Gangguan Capaian Sistem Aplikasi dan Pangkalan Data
28/08/2025
3
Pusat Teknologi Maklumat (PTM) akan melaksanakan kerja-kerja penyelnggaraan perkakasan utama Pusat Data Universiiti Kebangsaan Malaysia bagi tujuan penambahbaikan mutu perkhidmatan.
Sehubungan dengan itu, akan berlaku GANGGUAN PERKHIDMATAN Wi-Fi DAN CAPAIAN kepada sistem dan aplikasi Sistem Maklumat Universiti (SMU) termasuk SMK, SMP dan UFASt, UKMFolio, Sistem Perpustakaan Tun Seri Lanang (PTSL) dan Tapak Web Terpusat UKM.
Tarikh dan Masa Mula : 29 Ogos 2025 (Jumaat), 10.00 malam
Tarikh dan Masa Tamat : 30 Ogos 2025 (Sabtu), 12.00 Tengah hari
Sebarang pertanyaan, sila hubungi WhatsApp Call Center PTM di https://wa.me/60193870607. Segala perhatian dan kerjasama yang diberikan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
“Peneraju Transformasi Digital”
Pusat Teknologi Maklumat
Peringkat
Universiti
URL disalin ke papan klip