loader
Latihan Kompetensi Pembantu Perawatan Kesihatan (PPK) Tahap 1 Dan 2 HCTM Bil. 5 Kumpulan 1/2026
01/04/2026
134
preview

Adalah dimaklumkan bahawa Unit Latihan, Bahagian Perkembangan Kejururawatan, Jabatan Perkhidmatan Kejururawatan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) akan mengadakan kursus mengikut ketetapan berikut:

A)LATIHAN KOMPETENSI PPK TAHAP 1:

TARIKH : 13 - 15 MEI 2026  (RABU - JUMAAT)

MASA : 8.00 PAGI - 5.00 PETANG

TEMPAT : DEWAN KULIAH 1, BLOK PENDIDIKAN, HCTM

B)PENILAIAN AKHIR (OSCE)TAHAP 1:

TARIKH : 06 OGOS 2026 (KHAMIS)

MASA : 8.00 PAGI - 5.00 PETANG

TEMPAT : PUSAT PEPERIKSAAN, TINGKAT 10, BLOK KLINIKAL HCTM

C)LATIHAN KOMPETENSI PPK TAHAP 2:

TARIKH : 02 - 04 SEPTEMBER 2026 (RABU - JUMAAT)

MASA : 8.00 PAGI - 5.00 PETANG

TEMPAT : DEWAN KULIAH 1, BLOK PENDIDIKAN, HCTM

D)PENILAIAN AKHIR (OSCE)TAHAP 2:

TARIKH : 03 DISEMBER 2026 (KHAMIS)

MASA : 8.00 PAGI  - 5.00 PETANG

TEMPAT : PUSAT PEPERIKSAAN, TINGKAT 10, BLOK KLINIKAL HCTM

SYARAT MENYERTAI LATIHAN KOMPETENSI TAHAP 1 (SIJIL KOMPETENSI ASAS)

1)Setiap peserta akan menghadiri sesi teori selama 3 hari bagi Tahap 1.

2)Sesi praktikal dilaksanakan selama 3 bulan di lokasi bertugas masing-masing selepas sesi teori dilaksanakan dan peserta harus melengkapkan buku log yang diberikan atas pemantauan dan tindakan penyelia di tempat bertugas masing-masing.

3)Buku log perlu diserahkan kpd penganjur dua minggu sebelum penilaian akhir (OSCE) Kompetensi Tahap 1 dijalankan.

SYARAT MENYERTAI LATIHAN KOMPETENSI TAHAP 2 (SIJIL KOMPETENSI KHUSUS)

1)Setiap peserta akan menghadiri sesi teori selama 3 hari bagi Tahap 2.

2)Sesi praktikal dilaksanakan selama 3 bulan di lokasi bertugas masing-masing selepas sesi teori dilaksanakan dan peserta harus melengkapkan buku log yang diberikan atas pemantauan dan tindakan penyelia di tempat bertugas masing-masing.

3)Buku log perlu diserahkan kpd penganjur dua minggu sebelum penilaian akhir (OSCE) Kompetensi Tahap 2 dijalankan.

SIJIL PENYERTAAN

Sijil penyertaan kompetensi akan diberikan selepas buku log  Tahap 1 dan 2 dilengkapkan serta tamat latihan dan lulus peperiksaan klinikal Tahap 1 dan Tahap 2 dengan jayanya.

CARA PEMBAYARAN :

KADAR BAYARAN LATIHAN KOMPETENSI TAHAP 1 & 2

1)Kadar bayaran sebanyak RM600 (TAHAP 1 & 2)

2)Pembayaran boleh dibuat di NO AKAUN 8000742634 CIMB BANK  atas nama Hospital UKM NO REF: TSH 838 (LATIHAN KOMPETENSI PPK TAHAP 1 & 2 TAHUN 2026)

3)Bayaran selewatnya SEBELUM 30 APRIL 2026 (KHAMIS).

PENDAFTARAN: https://forms.gle/TubAAHNAghQuk5Um7

Bersama ini dilampirkan risalah dan tentatif  program untuk rujukan YBhg. Prof./ Dato' Sri/ Datuk/ Dato'/ Datin/ Tuan/ Puan,Sebarang pertanyaan, boleh hubungi Pn. Masilawati Md Asim / KJ Norhayati Majid  di talian 03-91457990 atau KJ Norfazila Kusari (03-91457991). Kerjasama dari pihak tuan/puan didahului dengan jutaan terima kasih.

 

Tarikh Acara
13/05/2026 - 15/05/2026
Masa Acara
08:00:am - 05:00:pm
Lokasi
DEWAN KULIAH 1, BLOK PENDIDIKAN, HCTM
Peringkat
Jabatan
Penganjur
UNIT LATIHAN JABATAN PERKHIDMATAN KEJURURAWATAN
Kongsi

Lampiran