JANA@UKM mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan, komited dan berdedikasi untuk mengisi kekosongan jawatan pelantikan seperti berikut:
PEGAWAI TADBIR N9 (KONTRAK) - 1 KEKOSONGAN
Deskripsi Tugas
Bertanggungjawab melaksanakan projek-projek pembangunan hartanah sedia ada dan projek pembangunan hartanah baharu di JANA@UKM yang melibatkan perancangan projek, penyediaan kertas kerja, pengurusan projek, pelaksanaan dan pemantauan projek, pengoperasian serta penyediaan laporan berkaitan projek.
1.Pemohon yang berminat perlu mengemukakan resume lengkap, salinan kad pengenalan, salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan salinan sijil akademik yang berkaitan. Pemohonan yang lengkap hendaklah dikemukakan kepada Sr. Mohd Za`im Aziz, Ketua Pentadbiran secara e-mel di alamat emel berikut: janaukm@ukm.edu.my
2.Calon-calon yang disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk temuduga.
3.Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses.
4.Permohonan yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh sebulan (1) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
5.Sebarang pertanyaan boleh hubungi Cik Dayang Nuraini Rosli ditalian: 03-8921 4595
Tarikh tutup permohonan: 7 April 2026 (Selasa)