loader
Kelas Mengaji Al-Quran Anjuran Kelab Kebajikan Dan Sukan FST UKM (KESKA) Dengan Kerjasama Kawan Ngaji Cyber Siri 3
27/02/2026
7
preview

Sukacita dimaklumkan bahawa Kelab Kebajikan dan Sukan Kakitangan (KESKA) Fakulti Sains dan Teknologi UKM mengambil inisiatif untuk meneruskan kerjasama bersama Syarikat Kawan Ngaji Cyber dalam program Kelas Mengaji Al-Quran Siri 3 2026.

Progam ini dilaksanakan bagi memberi peluang kepada ahli dan warga FST khususnya mengikuti kelas mengaji secara dalam talian. Kelas ini juga terbuka kepada semua warga UKM dan bukan warga UKM. Kelas akan dijalankan dari Asas Al Quran , Tajwid dan Talaqi dari juzuk 1 hingga khatam juzuk 30.

Diharapkan dengan pelaksanaan program ini dapat membantu membentuk generasi celik Al-Quran yang cemerlang di kalangan individu, seterusnya membudayakan Al-Quran dalam kehidupan.

Dengan ini, KESKA  berbesar hati mengalu-alukan pihak YBhg. Prof./Datuk/Dato'/Tuan/Puan untuk menyertai program bermanfaat ini.

Sila layari https://forms.gle/DJXSW4ykuAZqK5wn9 bagi tujuan pendaftaran dan membuat pembayaran secara online.

Sebarang pertanyaan sila hubungi;

1.Cik Farah Suella Asnina Binti Jumaat (01121758044)

2.Cik Zaharah Binti Harun (0193532939)

Kerjasama dan maklumbalas tuan/puan amat dihargai.

 

Lokasi
ZOOM MEETING
Peringkat
Universiti
Kongsi

Lampiran