Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Bendahari, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan, komited dan berdedikasi untuk mengisi kekosongan jawatan Pegawai Undang-Undang (Gred L9) secara kontrak.
Calon yang berminat dan berkelayakan, sila lengkapkan maklumat diri dan hantarkan resume/CV terkini serta salinan sijil akademik.
Tarikh Tutup Permohonan : 15 Februari 2026 (Ahad)
Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja yang akan dipanggil menghadiri sesi temuduga. Sekiranya calon tidak menerima sebarang maklumat selepas satu (1) bulan dari tarikh tutup permohonan, calon dianggap gagal melepasi saringan pertama.