Pusat Jaminan Kualiti (Kualiti-UKM) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan, komited dan dedikasi untuk berkhidmat sebagai personel MySTEP di Pusat Jaminan Kualiti bagi jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Tadbir N1 seperti di berikut:
Jawatan / Gred : Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Tadbir N1
Gaji ditawarkan : RM1,900.00
Penempatan : Pusat Jaminan Kualiti (Kualiti-UKM)
Tempoh kontrak : 10 bulan (1 Mac 2026 hingga 31 Disember 2026)
Syarat Kelayakan:
a) Warganegara Malaysia
b) Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
c) Memiliki sekurang-kurangnya Sijil Pelajar Malaysia yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan/atau kelayakan yang setaraf dengannya
d) Sihat fizikal tubuh badan dan tidak mempunyai sebarang penyakit
e) Mampu bekerja dalam situasi yang mendesak dan boleh menyiapkan tugas mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan
f) Berkebolehan menggunakan perisian Microsoft Office (Word, Excel, Powerpoint) dan Canva
g) Mempunyai pengalaman dalam pengurusan kualiti berasaskan standard MS ISO9001:2015, ISO/IEC 27001:2022 serta pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)
h) Mempunyai kemahiran berkomunikasi dengan baik
i) Boleh bekerja di bawah pengawasan yang minimum
Deskripsi tugas Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Tadbir N1:
1. Membantu penganjuran bengkel/ taklimat/ kursus
Cara Memohon:
Menghantar surat permohonan dengan mengemukakan Latar Diri (CV) lengkap dan sijil/dokumen berkaitan yang telah disahkan kepada Ketua Pentadbiran Pusat Jaminan Kualiti (Kualiti-UKM) di alamat emel: urusetiapjk@ukm.edu.my
Tarikh tutup permohonan adalah pada 10 Februari 2026.