Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan sukacitanya mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan, komited dan berdedikasi untuk mengisi kekosongan jawatan pelantikan di Universiti Kebangsaan Malaysia seperti di lampiran.
CARA MEMOHON JAWATAN PELANTIKAN :
1. Permohonan secara dalam talian hendaklah dibuat dengan melayari laman sesawang UKM melalui pautan berikut: https://kerjayaukm.ukm.my/
2. Calon-calon yang disenarai pendek sahaja yang akan dihubungi untuk Ujian Tapisan Kompetensi Pelantikan Kakitangan UKM dan temu duga;
3. Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses;
4. Permohonan yang tidak menerima sebarang maklum balas dalam tempoh empat (4) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi :
Unit Perjawatan dan Kenaikan Pangkat
Bahagian Sumber Manusia
Jabatan Pendaftar Aras 1
Bangunan Perpustakaan Lingkungan Ke-2
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 Bangi, Selangor
Emel: hrukm@ukm.edu.my
Tarikh Buka Iklan: 3 Disember 2025 (Rabu – bermula 9.00 pagi)
Tarikh Tutup Iklan: 16 Disember 2025 (Selasa)
Nota: Pengisian jawatan tertakluk kepada kelulusan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan keperluan semasa Universiti.