loader
Penutupan Jalan Bagi Kerja-Kerja Penurapan Jalan Di Lorong Perpustakaan (PTSL – Sains Matematik) Dan Lingkungan Ilmu (Bulatan FST – ATMA)
28/10/2025
4
preview

Adalah dimaklumkan bahawa pihak Kontraktor Lizaz Enterprise akan melaksanakan kerja-kerja penurapan jalan dan kerja-kerja lain yang berkaitan.

Bagi memastikan keselamatan pengguna dan melancarkan pelaksanaan kerja-kerja di lokasi, penutupan jalan akan dilaksanakan seperti perincian berikut :

LORONG PERPUSTAKAAN (PTSL – SAINS MATEMATIK)

TARIKH : 1 NOVEMBER 2025 (SABTU)

MASA : 6.00 PETANG – 12.00 TENGAH MALAM

LINGKUNGAN ILMU (BULATAN FST – ATMA)

TARIKH : 2 NOVEMBER 2025 (AHAD)

MASA : 6.00 PETANG – 12.00 TENGAH MALAM

Dalam tempoh penutupan jalan ini, SEMUA JENIS KENDERAAN TIDAK DIBENARKAN MELALUI JALAN INI. Warga UKM dan semua pengguna diminta untuk sentiasa berhati-hati dan patuh terhadap tanda-tanda keselamatan dan isyarat-isyarat lalu lintas yang disediakan.

Segala kesulitan amatlah dikesali. Kerjasama dari warga UKM didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Bersama ini dilampirkan pelan lokasi kerja untuk makluman semua Warga UKM.

 

Peringkat
Universiti
Kongsi

Lampiran