Adalah dimaklumkan bahawa bahawa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akan mengadakan Majlis Syarahan Canselor Tuanku Muhriz Ke-7 bertajuk “Timor Leste’s Accession to ASEAN: An Act of Regional Solidarity in a Fracturing World” yang akan disampaikan oleh Tuan Yang Terutama Kay Rala Xanana Gusmão, Perdana Menteri Republik Demokratik Timor Leste.
Majlis tersebut akan diadakan pada ketetapan seperti berikut :
Tarikh : 29 Oktober 2025 (Rabu)
Masa : 8.30 Pagi
Tempat : Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR)
Kod Pakaian :
1. Lelaki - Lounge Suit
2. Perempuan - Baju Kurung/Kebaya Labuh
Sehubungan dengan itu, UKM dengan penuh takzimnya menjemput YBhg. Prof. Ulung/Prof./Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan untuk hadir ke majlis ini dan bersama-sama ini disertakan poster dan atur cara majlis untuk makluman YBhg. Prof. Ulung/Prof./Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan.
Kesudian YBhg.Prof. Ulung/Prof./Datuk/Dato'/Datin/Tuan/Puan meluangkan masa memenuhi jemputan ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Syarahan juga boleh disaksikan secara langsung melalui Facebook rasmi UKM “Universiti Kebangsaan Malaysia - UKM”.
#SyarahanCanselor
#UniversitiWatanKita
#IlmuMutuBudi
#SCTM
#UKM
#UKMSharing
| Lampiran |
|---|
| [BM] - ATUR CARA Syarahan Canselor Tuanku Muhriz k... |
| POSTER-SYARAHAN-CANSELOR-KE-7-2025.jpg |