Penutupan Sebahagian Jalan Secara Berperingkat Di Lingkungan Ilmu (Bulatan FST – ATMA) - Pembinaan Speed Table
17/10/2025
2
preview

BERIKUTAN PENANGGUHAN KERJA PADA HEBAHAN TERDAHULU AKIBAT MASALAH TEKNIKAL, adalah dimaklumkan bahawa pihak Kontraktor Lizaz Enterprise akan melaksanakan kerja-kerja pembinaan Speed Table dan kerja-kerja lain yang berkaitan. Bagi memastikan keselamatan pengguna dan melancarkan pelaksanaan kerja-kerja di lokasi, penutupan sebahagian jalan secara berperingkat akan dilaksanakan seperti perincian berikut :

Peringkat Pertama

Tarikh Mula : 18 OKTOBER 2025 (SABTU) bermula 8.00 pagi

Tarikh Tamat : 19 OKTOBER 2025 (AHAD) sehingga 12.00 tengah malam

Peringkat Kedua & Ketiga

Tarikh :  20 OKTOBER 2025 (ISNIN) bermula 8.00 pagi sehingga 11.00 malam

Dalam tempoh penutupan jalan secara berperingkat ini, kenderaan masih dibenarkan melalui jalan yang terlibat dengan kawalan penjaga bendera yang akan ditugaskan pada kawasan yang terlibat. Warga UKM dan semua pengguna diminta untuk sentiasa berhati-hati dan patuh terhadap tanda-tanda keselamatan dan isyarat-isyarat lalu lintas yang disediakan. Segala kesulitan amatlah dikesali. Kerjasama dari warga UKM didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Bersama ini dilampirkan pelan lokasi kerja untuk makluman semua Warga UKM.

Jabatan Pembangunan Prasarana UKM

 

Peringkat
Universiti

Lampiran
Poster_Pembinaan Speed Table di Jajaran 2 (Bulatan...
PELAN LOKASI_Pembinaan Speed Table di Jajaran 2 (B...
LAMPIRAN_Pembinaan Speed Table di Jajaran 2 (Bulat...
Kongsi:
URL disalin ke papan klip