Jemputan Menyertai Eksplorasi Mahabbah
13/10/2025
5
preview

EKSPLORASI MAHABBAH

"Cinta Alam, Cinta Wakaf”

Setiap Penyertaan Akan Menyumbang Kepada Dana Wakaf Khas TBB

Tarikh: 15 November 2025

Hari: Sabtu

Tempat: Taman Botani Bangi, FST, Universiti Kebangsaan Malaysia

5 Checkpoint menanti anda:

CP1 – Pokok Arah Kiblat: petunjuk alam yang menjadi panduan ibadah.

CP2 – Pokok Ara Pencekik: kuasa alam yang mampu menakluk.

CP3 – Kualiti Air Tasik Ghazali: sebening cermin kehidupan.

CP4 – Liana / Setambun: lambang kekuatan berpaut untuk terus hidup.

CP5 – Rumah Teduh: persinggahan cinta wakaf.

Lebih istimewa, jom jelajahi bersama Pendakwah & Pendidik tersohor, Prof. Dato’ Dr. Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim, Duta Dana Wakaf Khas TBB. Pengembaraan anda akan dipandu dengan ilmu, hikmah dan renungan mendalam tentang erti kelestarian serta amanah kita terhadap alam. Tetapi pengembaraan ini lebih dari sekadar jelajah. Ia adalah sebuah misi wakaf, mengumpulkan dana sebanyak RM1 JUTA untuk pembangunan pendidikan & kemudahan di Taman Botani Bangi UKM. Setiap langkah anda, setiap sumbangan anda, adalah warisan untuk generasi akan datang.

Sertai kami. Hayati alam. Hulurkan wakaf. Bersama kita semai ilmu & kelestarian.

Daftar & wakafkan sumbangan anda hari ini. Kerana alam tidak pernah berhenti memberi, mengapa kita harus berhenti berkongsi?

#WakafUntukAlam

#EksplorasiTamanBotani

#HijauLestari

#WakafPendidikan

#UKM

Sila hubungi Dr. Ikmal (0137592963) atau TBB (0133829968) untuk sebarang pertanyaan berkaitan yuran dan sumbangan Dana Wakaf Khas TBB.

 

Tarikh Acara
15/11/2025 - 15/11/2025
Masa Acara
07:00:am - 11:00:am
Lokasi
Taman Botani Bangi, FST, Universiti Kebangsaan Malaysia
Url
https://forms.gle/8eKvWNGWjpb6Hnp87
Peringkat
Universiti
Penganjur
Taman Botani Bangi Fakulti Sains dan Teknologi

Lampiran
Poster.png
Peta Laluan .jpeg
Tentatif .jpeg
Kongsi:
URL disalin ke papan klip