Pertandingan Mencipta Nama & Reka Papan Tanda Baharu Di Kafe Teria Lobi Pelawat HCTM
01/10/2025
preview

Hospital Canselor Tuanku Muhriz dengan sukacitanya menjemput semua kakitangan UKM untuk menyertai pertandingan mencipta nama dan mereka bentuk papan tanda baharu bagi Kafeteria Lobi Pelawat HCTM. Hadiah Menarik Menanti Pemenang.

Tempat Pertama: RM500 + sijil

Tempat Kedua: RM300 + sijil

Tempat Ketiga: RM200 + sijil

Terma & Syarat Penyertaan

- Terbuka kepada semua kakitangan UKM.

- Nama hendaklah ringkas, mudah disebut dan diingati.

- Mempunyai maksud positif serta sesuai dengan suasana hospital.

- Tidak menggunakan nama individu tertentu.

- Nama yang dicadangkan belum pernah digunakan atau didaftarkan sebagai trademark.

- Reka bentuk papan tanda mestilah jelas, ringkas, mudah dibaca, serta mencerminkan imej HCTM.

Tarikh Tutup Penyertaan : 15 Oktober 2025 (Ahad)

Pautan Penyertaan : Imbas kod QR pada poster.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada urus setia pertandingan di talian : Puan Siti Juliana / Puan Azlina 03-9145 9275 / 4896 / 9307

 

Url
https://forms.gle/D6Z3CxG73ZX1n9kn6
Peringkat
Lain-lain
Penganjur
BAHAGIAN PENJAAN JABATAN KEWANGAN HCTM

Lampiran
PERTANDINGAN MENCIPTA NAMA CAFE FINAL.jpg
Kongsi:
URL disalin ke papan klip