Keseimbangan bilangan jururawat dengan keperluan pesakit adalah faktor penting dalam memastikan keselamatan, kualiti penjagaan, dan kepuasan pesakit. Kajian antarabangsa telah menunjukkan bahawa penjadualan staf jururawat yang selamat memberi kesan langsung kepada penjagaan pesakit berkualiti, kadar kematian, komplikasi, serta beban kerja jururawat.
Namun, di Malaysia, data saintifik berkenaan nisbah jururawat-pesakit khususnya di hospital universiti masih terhad. Sehubungan itu, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bersama enam hospital universiti lain sedang menjalankan kajian rintis ini.
Objektif Utama : Untuk menjalankan kajian rintis di hospital universiti di Malaysia bagi menilai kesan safe nurse staffing (tahap penjadualan jururawat, persekitaran kerja, persediaan pendidikan, dan gabungan kemahiran) terhadap hasil jururawat dan pesakit.
Sasaran Responden :
1. Jururawat (staff nurses) : Menjawab soal selidik mengenai pendidikan, persekitaran kerja, beban tugasan, dan pengalaman kerja.
2. Pesakit : Berkongsi pengalaman semasa berada di hospital berkaitan aspek penjagaan jururawat.
Tarikh tutup penyertaan : 31 Oktober 2025
Cara Penyertaan :
Jururawat : Imbas kod QR di poster e-hebahan khas jururawat dan lengkapkan soal selidik.
Pesakit: Imbas kod QR di poster e-hebahan pesakit dan jawab soalan ringkas mengenai pengalaman hospital anda.
Pasukan Penyelidik :
1. Dr. Aishairma Aris (aishairma@ukm.edu.my | 019-2547822)
2. Dr. Mohd Arif Atarhim(arifatarhim@ukm.edu.my | 011-11015181)
3. Dr. Aslina Mohamed Yasin (aslina@hctm.ukm.edu.my | 010-2206494)
Mari bersama menjayakan penyelidikan kebangsaan ini. Setiap maklum balas anda sama ada sebagai jururawat atau pesakit amat berharga untuk membentuk sistem penjagaan kesihatan universiti yang lebih selamat dan berkualiti di Malaysia.