Sukacita dimaklumkan bahawa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah membuka tawaran permohonan Skim Zamalah Penyelidikan (Bantuan Yuran Pengajian Sahaja) untuk Semester 1 2025/2026 kepada pelajar Pascasiswazah (mod penyelidikan) peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah yang mendaftar secara sepenuh masa. Tawaran permohonan ini mula dibuka pada 11 September 2025 sehingga 28 September 2025.
Bersama-sama ini disampaikan beberapa dokumen untuk makluman dan rujukan iaitu seperti berikut:
- Garis Panduan Skim Zamalah Penyelidikan – Lampiran A
- Jadual Kerja Skim Zamalah Penyelidikan – Lampiran B
- Borang Permohonan Baharu – Lampiran C
Borang yang telah lengkap diisi dan telah mendapat pengesahan Ketua Projek/Penyelia perlu dihantar sebelum atau pada 28 September 2025 sebelum pukul 5.00 petang melalui google form https://bit.ly/ZMLHSEM1_20252026.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami di alamat emel awardsandscholarship@ukm.edu.my dengan menamakan tajuk emel “Pertanyaan mengenai Skim Zamalah Penyelidikan”.